Dia Cinta Hatiku

Saat pertama kali kita bertemu
Aku tahu kau adalah cinta hatiku.
Kenapa?
Kerna kau beri aku perasaan yang
tiada orang mampu berikan.
Alasan?
Kerana Allah telah bukakan pintu hatiku
untuk kau.

Kadang² aku rasa ini semua mainan
perasaan.
Tapi semakin aku menafi
semakin tebal perasaan ini terbit.
Rimas.
Kerana aku sentiasa rindu pada kamu.
Bila tidak bertemu, rasa resah sentiasa membelenggu.
Berat sungguh dugaan.
Namun harus ku kawal perasaan terhadap kau.
Supaya aku tidak terlalu jauh mencintai kau.
Supaya aku tidak lagi terluka kerana kau.
Payah.


Namun, takdir telah ditetapkan.
Segalanya telah tertulis bahawa kau adalah untukku.
InsyaAllah. Perjalanan ini akan baik-baik saja.
Untuk kamu, Pemilik Hatiku.
Jagalah sebaiknya.
Kerna hatiku seperti kaca.
Ia mudah retak, Ia mudah berkecai.
Jika terjadi, amat sukar untuk disambungkan semula.
Jika berantakan, amat sukar disatukan semula.
Hatiku masih untukmu
Jika kau masih menghargaiku.
Buat insan bakal suamiku.


Inilah hakikat seorang pencinta. Bila terbit rasa cinta dalam hati seseorang, pasti rasanya seperti bebunga yang kembang mekar. Mungkin pada dasar terbitnya rasa cinta ini, buat kita selalu keliru. Ada yang cuba menafikan, ada yang menidakkan dan ada yang menerima dengan rela kehadiran perasaan bernama 'cinta'.

Namun, perasaan ini adalah anugerah terindah dari Ilahi untuk kita menghargai dan menilai betapa besarnya nilai sebuah perasaan yang bernama cinta. Kenapa? Lihat sekeliling kita saat ini. Andai tiada perasaan cinta, mungkin masa kini kita sudah saling berbunuhan sesama saudara, sesama rukun tetangga mahupun apa jua bangsa yang ada. Dengan adanya perasaan cinta, maka kita akan dapat lihat bagaimana kita mampu menghargai kehidupan kita hari ini yang aman dan sepi tiada perbalahan.

Apapun hakikat, perasaan cinta ini didefinisikan dengan perasaan yang terbit antara perempuan dan lelaki di mana perasaan cinta ini akan membuat kita ingin menyayangi si dia. Dengan kehadirannya akan buat kita rasa bahagia dan selamat. Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya. Berkahwinlah keranaNya, mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya, hanya untukNya. Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah. Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia.

Jika kita sandarkan perasaan yang ikhlas ini kerana Allah S.W.T. insyaAllah kita akan mampu mengemudi perasaan kita sebaiknya. Mencintai seseorang bukan mudah. Untuk dicintai juga bukan mudah. Pelbagai dugaan dan cabaran pasti akan kita tempuhi. Dapatkan bahagia juga bukan mudah. Jika kita inginkan bahagia dengan mengejar dunia semata-mata, maka kita akan perolehinya sementara. Jika kita inginkan bahagia dengan mengejar rahmat dariNya insyaAllah, kita akan merasainya sepanjang masa.

Jangan takut untuk bercinta. Namun tetapkanlah matlamat untuk bercinta itu pada yang berhak memiliki cinta kita selepas Allah S.W.T. dan Rasul S.A.W.

0 comments

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Recent Entries

Recent Comments

Most Commented